Sunday 28 April 2013

My life today.

   Assalammualaikum semua...
Apa yang nak dibicara ya..Hurm,tentang impian yang tergambar dari pasangan tua yang mesra bersama membeli belah untuk cucu di Pekan Batu Tujuh.Melihat kearah pasangan tersebut terlayar kedua-dua orang tua dirumah.Dan yang paling best,terbayang diri yang berada disitu dengan jejaka idaman..hahhah..Lucu,tapi itulah harapan yang selalu waniat mahu kan..Perkahwinan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa..Ala,Setia Hujung Nyawa lah kan..hahahaha..Disitu impian ku terlakar.Boleh ke merasa kebahagiaan sedemikian rupa dengan pasangan.Bagi wanita seperti aku yang memang sukar untuk mencintai,kadangkala ianya adalah mustahil kan??
Tak mustahil sebenarnya..Hihihi,bercakap tentang tu saja..Sekarang nie better bercakap tentang study saya pulak.
   
         Now,saya tengah buat revision untuk subjek surgery.Ada berkaitan tentang pembedahan yang perlu dibuat untuk tumor otak,hidrosefalus,abses otak,n kecederaan kepala..Nak tahu lebih lanjut tak??Insyaalah masa akan datang saya akan kongsikan apa yang saya belajar pulak..

       Apa yang nak saya cakap merh,sebenarnya hari ini saya melihat jejaka idaman saya tampak kacak sekali dengan sut hitam masa dinner tempoh hari..Tipulah saya cakap yang hati ini tak ada lagi kat dia..Sedangkan remain the same..hahaha..Dia kacak,pada pnadangan saya saja kot,tapi dia memilih wanita lain untuk disisi dia,walaupun dia masih menahan saya untuk setia disisi dia sebagai sahabat..Pada mulanya saya memilih untuk menjauh tetapi saya tak kuat kot.Saya masih stay disisi dia.Sebab saya mempunyai prinsip,walau dia tak memilih saya disisnya tetapi selagi dia yang bernama cinta dihati saya,saya akan lakukan apa sahaja yang mampu membahagiakan dirinya.

       Pelik tapi itulah kuasa cinta.Tapi kan sejujurnya sejak kebelakangan ini saya semakin hilang dia yang dulu.Dia yang dahulu,lelaki yang tak pernah pedulikan sekelilingnya seperti orang lain..Boleh dikatakan dunianya hanya dirinya.Tetapi itulah yang membuatkan saya jatuh kasih kot.Dulu jalan dia ke kelas memang ke kelas,tak ada destinasi lain,ke DM,DM lah.Tetapi dia berubah sekarang semenjak dia memilih wanita tersebut dihatinya..Perasaan saya pudar bila melihat dia yang baru tapi tak hilang,Tetapi apa yang lebih menakjubkan,perasaan yang kabur itu boleh jelas dan terlalu jelas,malah mendalam,apabila saya melihat kelibatnya dibiliknya sedang menunaikan solatnya.Entah pada masa tersebut,perasaan saya jatuh terlalu dalam untuknya.Saya menjadi pemerhati setia solatnya dari balkoni asrama yang sememangnya menghadap jendela biliknya..Pada masa tersebut,saya tidak dapat tipu sesiapa pun siapa dihati saya..Saya menangis untuknya.Jujur aku cintakannya pada masa itu..Terlalu cinta.Cintakannya lebih banyak dari masa-masa lain.Dan sejujurnya saya selalu mengharapkan dialah my future Imam..Boleh ke??

      Hurm,biarlah rahsiakan...